Mar 31, 2009

Stencil Design Shirt

Assalamualaikum Warahmatullah & Selamat Sejahtera

Aha! hari ni aku nak kongsi, camne nak bt stencil design shirt. Actually, untuk kelas Public Speaking minggu ni, kitorang kene buat demonstrative speech. Jadi, sebab dah lama teringin buat bende ni, aku pun buatla. This is really my 1st time doing it, and i really enjoyed it!=D =D

Basically, you need:

1. Fabric paint.
2. Plain shirt
3. Hard plastic @ freezer paper
4. Knife
5. Water color brush
6. Old newspaper @ cardboard

optional:
1. Potato
2. Marker
3. Glitters
4. Button

#DESIGN

Sebelum buat pepe, mestila kene ade design dulu kan. Korang plan la nak tulis pe ke, nak lukis pe ke. Dah siap plan, apply design tu atas hard plastic tu, ataupun freezer paper korang. Macam aku, aku buat stencil alphabet. Aku print tulisan dari komp, tekap, pastu potong leklok. Senang je, putera pun leh buat.kekeke.

Cam kalo korang nak gune potato stamp, leh gak. Haaa..ni macam kerja pendidikan seni mase sekolah rendah dulu. Aku ptong bentuk potato tu jadi kelopak daun shamrock tu.Pastu korang leh ar men cop2 nanti atas baju korang tu.

#COLORING

Ha, ni the trickiest part. Kan dah de design korang tu kan. Korang letak masking tape, pastu korang tampal kat baju korang tu. letak leklok, ikot yang macam korang dah plan tu ar. Pastu, leh la stat kaler2. Mase kaler2 tu, kalo pakai berus, jangan plak korang kaler macam korang kaler lukisan tu. Korang kaler cam....emmm..camne ek nak cakap. Korang tekan2 berus tu supaye nanti kaler tu tak comot ar. Takla melimpah ruah.tgk camne aku buat kat bawah ni..



Ha, lagi satu, time bt tu, lapik belah dalam baju tu ngan sokabar ke, cardboard ke, kotak ke, kalo tak, sesia je la keje korang kalo kaler tu tembus belakang.

Pastu, korang leh ar gune potato stamp tu nak bt cop2 belah belakang plak ke. ikot korang ar. Korang potong dua, pastu buat ikot bentuk korang suke. Hati ke, bintang ke. ape2 la.




hati2 buat tu.messy sket. Make sure korang sapu rata2 kaler tu kat kentang tu. Cam aku, gune tangan je, sapu rata2 atas kentang tu bagi sekata. Ulang2la corak tu, ikot suke ati korang la.

Dan tak dilupekan juga. Korang boleh add kat baju tu, button ke, dekat tepi2 design tu, letak glitters ke. Memang cantik. Try ar!

# Bagila kat orang ke, pakai ke, siap da pun




Ngan Miss Yanie yang kesukaan dapat baju





Mar 28, 2009

Jadual Periksa

Assalamualaikum Warahmatullah n Selamat Sejahtera

Tetibe tadi, dok diam2, terajen nak buat jadual. Lagi pulak, dapat tahu MUET tersangkut kat tengah2 hari exam tu. Ingatkan bulan 5.Kene la usaha lebih.




geng link-op leh la amek jadual tu, bt kenang-kenangan




Mar 26, 2009

Ikhlas Learning

Assalamualaikum Warahmatullah n Selamat Sejahtera




Ikhlas learning? Ni la ustaz bahasa arab aku sebut kat kelas hari tu. Masa tu ustaz tengah briefing kat kitorang sebab dia ade evaluation next week nye. Jadi ustaz ceritala, macam2 cara sekarang orang guna dalam teknik2 nak ajar student ni. Student centered learning la, problem based learning la, Ikhlas learning takde?

Ikhlas learning. Orang yang mengajar ikhlas memberi ilmu, orang yang belajar ikhlas menerima ilmu. Baru la berkat. Gitula kata ustaz.

Ustaz tak komen panjang. Tapi memang sangat tertarik ngan komen ustaz tu.


Makcik aku cikgu. Dia pesan kat aku, kalau belajar, lepas belajar tu, jumpa cikgu kejap, pastu minta halal ilmu dan minta dia doakan. Aku pernah buat, tapi tak constant.
Tu perspektif cikgu yang mengajar, yang memberi ilmu. Bagaimana kita pulak?


Pernah sekali tu, aku bengang sungguh dengan sorang tenaga pengajar aku. Aku cerita la kat rumah, kat mak abah, adik2. Abah komen, cikgu tu tak profesional, bawak masalah ke tempat kerja. Angah, sebab dia tengah belaja kat maktab, cakap plak yang cikgu tu tak belaja skil nak handel emosi dia. Dia sendiri, tengah study untuk mengajar sekolah rendah ada belaja macam mana nak kawal emosi bila dengan pelajar.

I wonder. Kenapa mengajar kalau takde rasa nak berkongsi ilmu?


Pernah sekali tu, mak tanya kat angah, kalau tiba2 dia berhadapan ngan pelajar yang nakal, tanak belajar, kurang ajar. nak buat caner?


Memang. Ada orang belajar setakat memenuhi rutin biasa je. Takde rasa langsung yang belajar ni satu dari tanggungjawab dalam hidup kita. Buat sebab sume orang buat benda yang sama. Habiskan, pastu keje, pastu segala ilmu yang dapat tu lupa begitu je. Bak kate Encik Rozaimi, Ketua Program Biotek kitorang


" U all ni belaja, habis sem tu, habis terus ea? Amek konsep let bygone be bygone la ni.."

memang la disambut oleh gelak tawa kitorang. Tapi dalam hati terasa gak. Haish, tak grad aku ni nanti, tak lepas EAC.hohoho.

tapi tu la. nak menanamkan rasa, belajar tu, tanggungjawab yang besar, bukan perkara main2 atau sampingan. Mengambil ilmu untuk dimanfaatkan, diamalkan dan dikongsi. Bukan senang.


Mungkin patut bertukar cara, baru ilmu senang masuk kot. ;)

Mar 23, 2009

A child with a big heart

Assalamualaikum Warahmatullah & Selamat Sejahtera

Huwarggghh.penat.tinggal lagi separuh.Test CRE ngan speech malam ni. Lege IPBL untuk lab sudah selamat diselesaikan. Alhamdulillah. Mengah aku siapkan before pegi. Da la lambat! Ingatkan kelas pukul 2.15, rupanya pkl 2 stat. Seb bek kumpulan satu tak habes present lagi time tu. Giler ah.Macam lipas kudung buat kerje. Sume orang berlari2 pass file. INTERNET DOWN. macam saje je kan. Time nak send file la, nak print la, time tu arrr. Tertanya2 gak, apesal la internet 'lajus' gile semenjak dua menjak nih.

Ah! bebel2 lupe plak aku nak cerita ape. Nanti ah.pas klas speaking aku sambung k. Bye! atatata!





saya dah balik!!!!


okeih. 9.58 pm. seperti yang dijanjikan. aku sambung cerite k!



Sesape yang pernah pergi cafe KK1 & KK3 mesti kenal budak kat bawah ni.





Ni la putera. Aku pernah cerita pasal dier kat entri sebelum ni. Tekan sini. Oh, aku suke sangat ngan dier ni. Bile jumpa dier automatik akan happy!
Tak semua orang suka kat dier. Yela, mane taknye, sume orang dier men tegor je sesuke hati dier. Bukan tegur as in bersapa tu, tapi tegur yang macam perli tu. Kalo korang nak berdating ke, ape ke, berhati2 lah. Mungkin tetibe je dier datang, dan jerit kuat2,

"O! dating ea!"



kehkehkeh. sangat kelaka bile terkenangkan perangai dan raut muke dier yang comel tu. Aku pun pernah terkena ngan dier. Satu hari tu, di hujung minggu, aku pun berkobar2 bangun pagi. Dengan semangatnya, turun cafe, ingin bersarapan lah kirenye. Wahh..dengan harapan, dah breakfast, pasti akan semangat untuk study. Ceh, konon je, salunye pas makan, tido. Kerana ingin kecepatan, dan menganggap tiade orang di cafe, aku pun tertinggal la satu bende ni..So, aku pun gerakla ke cafe.

aku: (nampak putera di kejauhan. Tersenyum dalam hati. Takla sorang aku tunggu roti canai siap. leh borak2 ngan dier.hati berbunga2)

putera semakin dekat di pandangan mata. dalam hati ni, nak tegur dia lah. Dia tak perasan tu.

aku: putera! haiiii!!

putera: eh, akaaak!! (muka terkejut nampak aku. tak tau la sebab muka aku terlalu basi ataupun memang suka.haha)

aku: hai putera, dari mane ni?

putera: baru balik dari men bola ngan akak2 tu. (sambil tunjuk kat aku budak2 perempuan yang main ngan dier. lalu dier pun duduk)

Tiba2...

putera: eh, akak!! ( muka dier sangat terkejut)

aku: (lagi terkejut..nape budak ni) kenape putera...?

putera: akaaakkk..!!! akak tak tutup auratttt!!! (dengan suara yang kuat, dan satu cafe boleh dengar)

aku: hah??

putera: akaaaakkk. nape tak tutup aurat....nampak la kaki tu...

aku: (malu giler. rase nak lari. terus sorok kaki) emmm. akak tak pakai stokin la putera. nak cepat tadi. (rase bersalah menguasai diri)

putera: emm..len kali jangan buat lagi oke? (pastu dier pun senyum.hehehe)




wahh.tengok! hohoho. memang selamba je dier tegor. tapi aku tak kisah, memang bende betul pun. Serius, aku malu giler. Malu atas kesilapan diri sendiri. Sejak dari itu, memang aku beringat. Tak la lalai lagi. Mekaceh ye putera!


Dia macam adik sendiri. Kengkadang rasa macam anak pun ade. Sangat manja dan kadang2 act macam orang dewasa. Sesekali ade jugak mengada-ngada dengan aku. Lagi2 masa 2,3 minggu lepas, tunjuk perangai plak dier depan 'abang' dier.hohoho. jeles gaknye.


Ade jugak kawan2 aku yang bertanya. Eh diey, tahan ea ko ngan dier. Tak tahu aku nak cakap macam mana. Tapi, aku suka ngan putera ni. Memang, kadang2 kita tak tahan ngan budak2 kecik yang banyak cakap,tapi ngan putera ni, aku belajar melayan budak2. Tahan dengan soalan2 dier, ngan teka teki dier yang tak logik tu, perangai2 dier. Walaupun aku tak jumpa die hari2, tak tahu perangai sebenar dier caner ke, tapi aku tak kisah pun. Sebab bila aku ngan putera, aku rasa sangat gembira. N importantly, dia pandai menghargai walaupun kecik lagi.


Ade sekali tu, aku ade test CRE petang tu. Sebelum pergi test, aku pun turun cafe jap sebab lapa sangat. Terjumpa la si putera ni. Dia tanya aku, aku duduk cafe tak. Aku bagitau la dier, aku ade test pastu. Dier pelik gaknye, sebab aku bawak buku,dier tanya, nape bawak buku kalau nak pergi test. Aku pun terangkan la kat dier, yang test tu memang boleh bawak masuk buku. Dalam nak cepat2 tu, dia pun pesan, suruh jawab baik2, dia doakan kate dier. Sekali tu, dah jauh aku jalan, tiba2 dier panggil kuat2, aku pun toleh la, tengok and lambai dier. Tahu ape dier buat?


Senyum, sambil letak tangan kat kepala dier.
( Maksudnya suruh aku berfikir masa test tu)


Masa tu dalam hati aku. Wahh! Sweetnye budak kecik ni! sangat baik. Nak pergi test tu, berbunga riang je hati aku ni, mengenangkan doa dia bersama aku.


Tengok si putera. Rindu kat adik2 aku yang seramai 5 orang tu.



I wish I could be like him, always happy n cheerful. =)

Mar 20, 2009

Suka VS Tak Suka

Assalamualaikum Warahmatullah & Selamat Sejahtera

Kepada pelajar UMP: Dah makan belum hari ni?

Kepada pembaca little wonder: Dah makan dah?

Hari ni cafe tak bukak pulak.taktahu kenapa. alhamdulillah dah siap2 makan.kebetulan semalam janji dengan Pearl nak makan same kat luar. Tgh makan, dapat berita cafe langsung tak bukak. pelik jugak. tapi malas la nak buat spekulasi kat sini.hehe. kepada korang yang belum makan tu, jgn lupe makan plak, jgn marah2 oke?


KENYANG VS LAPAR

TIDO VS JAGA

SIAP HOMEWORK VS TAK SIAP HOMEWORK

LULUS VS GAGAL

SUKA VS TAK SUKA


oh, aku takmau ulas semuanya. hari ni nak cerita pasal suka vs tak suka. memula aku nak tulis suka vs benci, tapi perkataan benci tu macam terlalu ekstrem, tak best pulak. kang len plak maksudnya.

oh, aku suka aiskrim. aku suka jugak cloud 9 plus. (nadiah, jangan gaduh ngn aku. :p). aku suka membaca, aku suka jugak jalan2. suka kasut tapi suka tengok je. kalau beli nanti membazir. tak suka plak kalo membazir, menyesal nanti. tak suka subjek kira2 dan aku tak suka tempat aku bersepah walaupun memang aku selalu sepahkan jugak.

betul, banyak perkara dalam dunia ni, dalam hidup kite yang dah berapa tahun ni, yang kita suka dan kita tak suka. dan kita semua tak sama kesukaan dan ketaksukaan tu. aku mungkin lagi suka kat cloud 9 plus, tapi nadiah lagi suka cloud 9. ya, ikut citarasa masing2 la. aku tak mungkin saje2 nak gaduh ngan nadiah sebab tu.hehe.

pada pendapat aku,bende2 yang kita suka dan tak suka dalam hidup ni mencerminkan pemikiran dan personaliti kita. oh, tidak dinafikan, aku mengkaji orang berdasarkan benda yang dier suka dan tak suka. dan satu perkara yang penting, aku tak tengok kepada perkara2 seperti benda makan sebab tu memang bergantung kepada tunas rasa masing2. tapi aku lebih gemar melihat kepada kesukaan dan ketaksukaan seseorang yang wujud hasil dari pemerhatian, pemikiran dan pembawakan diri masing2.

memang banyak tanda soal dalam kepala aku ni, tentang suka tak suka ni. boleh ke wujud dalam satu masa, semua manusia setuju atas satu perkara yang disukai dan tak disukai. satu bende je..boleh jadi ke?

sedikit sebanyak jugak aku belajar untuk kurangkan mention tentang benda yang aku tak suka. Aku rasa, baik aku cakap pasal benda yang aku suka je, benda yang aku tak suka aku diamkan saje. ataupun bersikap neutral je atas satu2 perkara. aku fikir, kalau aku asyik cakap. ni aku tak suka, tu aku tak suka.seolah2 tiada perkara pun dalam hidup ni yang menyenangkan aku.

tapi perlu jugak diingatkan, atas satu2 perkara kite kene nyatakan ketegasan kita sama ada kita suka satu benda ataupun kita tak suka.

oh, aku pun tak tahu kenapa aku tibe2 nak cakap pasal benda ni, dan aku dah mula pening.

tapi satu perkara yang pasti dalam isu ini.



"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui" ( Al- Baqarah: 216)

Mar 10, 2009

Queen Of My Heart

Assalamualaikum Warahmatullah & Selamat Sejahtera




"Mak, kenapa along sakit kepale ni, tak tahan la"

"Mak, along tak reti la nak buat kerja rumah matematik ni, macam mana.."

"Mak..along sedihla hari ni.nak nangis boleh tak?"


Mak ada jawapan untuk semua tu. Mak akan cakap,

"Hari ni panas sangat kot long, pegila mandi, basuh kepale, tak tahan sangat, sini mak picit"

"Tak reti buat? Mak pun bukan pandai sangat, tapi bak sini buku ko, mak tengok macam mane"

"Kenapa sedih2 ni long, ceritala kat mak.."


Mak bukan doktor, tapi aku pernah terfikir, mak mungkin boleh jadik doktor. Mane taknye, setiap persoalan sakit aku, pasti dijawabnya dengan tepat, sampai aku terfikir, semua pun mak tahu ke?

Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved
All the nights
And all the times
That you cared for me
But i never realised it
And now it’s too late
Forgive me


Mak bukan cikgu. Tapi setiap kerja rumah yang aku tak bleh buat, mak mesti tolong sebab tak sampai hati tengok anak dia sorang ni meleleh-leleh air mata tengok buku tak sudah-sudah.

Mak bukan jugak pakar psikologi mahupun pakar motivasi, tapi bila bercakap dengan mak, hati jadi tenang, kepala jadi lapang, semua resah pun hilang.

Now i’m alone filled with so much shame
For all the years i caused you pain
If only i could sleep in your arms again
Mother i’m lost without you


Sayu sangat hati ni bila teringat semua yang pernah buat untuk kami adik beradik. Idola aku adalah mak. Daripada kecik sampai sekarang, aku nak jadi macam mak walaupun mak hanya suri rumah sepenuh masa. Tak pernah pun aku malu mengaku walaupun mak tak belajar tinggi, apatah lagi malu mengaku yang mak tak bekerja berbanding kawan-kawan aku yang kebanyakan ibu mereka wanita bekerjaya.


You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only i knew what i know today
Mother i’m lost without you

Mak isteri yang taat. Aku kagum dengan mak yang sentiasa membela abah dalam apa jua hal. Abah lebih banyak membebel berbanding mak.Kadang-kadang rasa lucu jugak, tengok mak teman abah main game solitaire. Tekun mak di samping abah. Takde ape pun yang dibualkan tapi mak tak pernah tunjuk muka boring mahupun merungut. Takpun teman abah baca berita di internet, nanti terdengarla suare abah dengan mak berbincang pasal isu politik semasa dan selalunya kami adik beradik pun duduk sama, mendengar cerita abah. Paling seronok sekali kalau dengar abah menyakat mak nak kawen lagi, nanti mak sedih sekejap..


Aku boleh cerita apa saja dengan mak. Dari isu peribadi, isu hati dan perasaan sampaila tensen belajar PCI, sampaila ketidakpuasan hati aku tentang isu-isu semasa. Mak memang pendengar yang setia dan penasihat yang bagus. Dalam dunia ni, aku rasa mak la orang yang paling memahami diri aku. Mak boleh agak pilihan apa yang aku bakal buat, boleh teka perasaan aku gembira atau sedih bila dengar suara aku, boleh tahu aku kat mana walaupun aku cuba tipu.hehe. Kadang2 selalu jugak balik tak bagitau. Mak la orang no satu dalam hidup aku.

Mak selalu buat hati ni menangis bila teringatkan kata-kata dia dan tindakan dia. Aku rasa mak satu-satunya Mak yang minta maaf dengan anak-anak. Tak layak langsung rasa, apalah dosa mak pada kami adik beradik.

Teringat satu peristiwa, masa tu aku jaga mak kat hospital. Beberapa hari aku tido kat sana. Mak tak boleh bangun langsung. Aku cuba sedaya upaya menyenangkan hati mak walaupun aku rasa tak sebesar mana pun sumbangan aku. Terharu sungguh bila mak kata,

" Along, terima kasih sebab sabar jaga mak kat hospital, along tak pernah merungut pun, mak doakan along mudah belajar dan dapat keputusan yang bagus dalam periksa..."


Aku tak terfikir pun mak akan cakap begitu,tak expect pun mak cakap terima kaseh apatah lagi doakan aku macam tu sekali. Aku buat apa yang aku rasa patut sebagai seorang anak. Tak terbanding pun dengan jasa mak pada aku, tak terbalas pun langsung. Masa tu rasa cam nak menangis je depan mak, tapi aku tahan, sebab kalo aku nangis, sure la orang kat hospital tu pelik2 sebab tengok aku menangis teruk. Aku ni kuat nangis tau.hoho


Aku dah takleh tulis lagi banyak2 dah. Dah nangis2 dah ni, dengan diiringi lagu Sami Yusuf lagi.Huish, syahdu betul.


Lastly,

MAK, ALONG SAYANG MAK SANGAT- SANGAT.

Mar 3, 2009

Puzzle of My Heart

INIT TAG DARI CIK ZIHA.


1. Put your music on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS!
4. NO CHEATING!
5. Tag others

ahahahaha. FYI aku tengah dengar playlist westlife. So sume lagu kat bwh ni lagu westlife.
Warning: Nonsense Answer aheaddd.



IF SOMEONE SAYS “IS THIS OKAY” YOU SAY?
Fool Again.

WHAT WOULD BEST DESCRIBE YOUR PERSONALITY?
forever

HOW DO YOU FEEL TODAY?
Close

WHAT IS YOUR MOTTO?
Nothing is imposibble

WHAT IS YOUR LIFE’S PURPOSE?
If I let you go.bakponya.harok.

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
I have a dream. Aku suka berangan ka? btui gak.

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Until the end of time.

WHAT IS 2+2?
My girl.

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIENDS?
Fragile heart. wahhh.memang pon!

WHAT DO YOU THINK OF THE PERSON YOU LIKE?
Miss you. ececeh.

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
I'll be there. Yes2, I have to be there first, then i'll think.

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Every Little Thing You Do. Waah..kene2 plak. Macam orang penting kan, cam special je.hehe

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Moments. Ganela dance moments tu. Slow2?oke kot.

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Let's Make Tonight Special! ahaha. Aku suke betul lagu ni. Feeling~


WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
What becomes of the broken hearted. Haah. aku suke nak tahu ape jadik kepada orang2 yang frust bercinta. Kalau bleh nak buat blog pasal orang2 ni. Harok.

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
I need you. I need this person really much. Tapi takleh gtau la korang sape orang tu!hahaha. secret2.

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Try Again. Yes my friend, don't Quit! ehehe

WHAT’S THE WORST THING THAT COULD HAPPEN?
You make me feel.-worst. That's the worst thing could happen.xD

WHAT MAKES YOU CRY?
Don't Calm The Storm

WHAT MAKES YOU LAUGH?
We Are One. it doesn't sound funny at all.

WHAT IS THE ONE THING YOU REGRET?
What I want is What I got. Regret? Hahahaha harok. Regret mendenye.

HOW WILL YOU DIE?
Everybody knows. Huh? Sume orang tahu nanti bile aku mati.Mungkinkah aku feymes??

WILL YOU EVER GET MARRIED?
I lay my love on you. Surely yes.

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Uptown Girl. HAHAHAHA. banyak ar. tak reti masak girl ade.

DOES ANYONE LIKE YOU?
On the wings of love. Sesape yang jatuh cinta kat aku mestila suke kat aku.

WHAT SCARES YOU THE MOST?
Dreams come true. Haaaaa. betul gak. Kalo aku salu mimpi Cik U mesti la aku tanak jadik betul2.
*Cik U-binatang yang panjang dan menggelikan tu.

IF YOU COULD GO BACK IN TIME, WHAT WOULD YOU CHANGE?
Close my eyes. Yup. Aku nak tido banyak skek dari kecik, Mesti gemok skek sekarang.

WHAT WOULD YOU SAY, WHEN YOU MEET YOUR BOSS?
Angels Wings. Ahaha. Mesti bos aku jawab, gilo?


WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Puzzle of My Heart. Naseb bek kene lagu ni. Lagu yang sedap.

I tag:

cik sunshine


dah tu sorang je. sebab aku tanak kasi dier tido je kejenye.


p/s: best gak bt tag ni. Random song pun leh bg jawapan yang kene2.

Mar 1, 2009

Ada apa dengan batu?

Assalamualaikum Warahmatullah & Selamat Sejahtera

Last week saya ade buat sesi kaunseling ngan Kak Kerk@ Kak Wahyuni. Sebelum tu pun dah ade satu sesi dah ngan dia. Walaupun masalah saya takde la besa mane, tapi dua sesi tersebut sangat terkesan kepada saya. Ingat, jangan ingat orang bermasalah je leh jumpe kaunselor. Sesi tersebut lebih kepada sesi perkongsian, tentang apa yang saya rasa tentang several aspects dalam hidup saya. Dan dalam entri kali ni, saya nak ceritakan tentang sesi saya ngan Kak Kerk minggu lepas.





Kak Kerk bagi kat saya sepuluh biji batu dan dia minta saya pilih beberapa biji batu dan batu tu melambangkan siapa kepada saya. Saya bleh pilih kesemua batu, bergantung kepada orang2 yang signifikan dalam hidup saya dan salah satu batu tu mesti melambangkan diri saya. Dan saya pilih kesemuanya.




Pastu, Kak Kerk minta saya susun batu tu mengikut pilihan saya. Dari orang paling penting dan seterusnya.Dan terangkan batu tu satu persatu, siapa dan mengapa orang tu sangat signifikan kepada saya.

Saya tak mahu ceritakan siapa batu2 tersebut. Tapi apa yang penting apa yang saya dapat dari sesi tersebut. Waktu Kak Kerk minta pilih tu, beberapa nama dah terlintas dalam kepala, dan kalau ikutkan saya,tak cukup sepuluh biji batu tu.

Orang yang penting dalam hidup kita, tak semestinya orang yang paling hampir ataupun orang yang paling kita sayang. Tapi bagi saya, yang banyak menyumbang kepada berdirinya saya hari ni. Bila kak kerk minta saya explain satu2, baru saya sedar, orang2 tersebut terlalu penting buat saya dan betapa saya menghargai kehadiran mereka dalam hidup saya. Kadang2,kita tak sedar betapa pentingnya seseorang tu kepada kita sehinggalah kita ingat kebaikan dia satu persatu kepada kita. Tak perlu ingat part2 gadoh2, atau yang tak best tu, tapi apa perkara2 baik yang mereka pernah buat.

Masa cerita satu2 tu, rasa cam nak menangis pun ade, rase tak cukup pun ade. Rasa terharu sangat. Seronok pun ada.

Dah habes cerita pasal tu, Kak kerk ade jugak sentuh pasal mende len. One of them, pasal keluarga impian saya dan juga ayah impian kepada bakal anak2 saya. Seronok jugak. Seronok dapat share ngn Kak Kerk sebab dia sendiri pun dah berkahwin n tgh pregnant 6 bulan.

N at the end, saya realise yang saya nak jugak jadik orang yang penting kepada orang lain. Dan saya berharap my precious stones tak kekal sepuluh bijik, tapi bilangannya akan bertambah setiap hari.