Mar 20, 2009

Suka VS Tak Suka

Assalamualaikum Warahmatullah & Selamat Sejahtera

Kepada pelajar UMP: Dah makan belum hari ni?

Kepada pembaca little wonder: Dah makan dah?

Hari ni cafe tak bukak pulak.taktahu kenapa. alhamdulillah dah siap2 makan.kebetulan semalam janji dengan Pearl nak makan same kat luar. Tgh makan, dapat berita cafe langsung tak bukak. pelik jugak. tapi malas la nak buat spekulasi kat sini.hehe. kepada korang yang belum makan tu, jgn lupe makan plak, jgn marah2 oke?


KENYANG VS LAPAR

TIDO VS JAGA

SIAP HOMEWORK VS TAK SIAP HOMEWORK

LULUS VS GAGAL

SUKA VS TAK SUKA


oh, aku takmau ulas semuanya. hari ni nak cerita pasal suka vs tak suka. memula aku nak tulis suka vs benci, tapi perkataan benci tu macam terlalu ekstrem, tak best pulak. kang len plak maksudnya.

oh, aku suka aiskrim. aku suka jugak cloud 9 plus. (nadiah, jangan gaduh ngn aku. :p). aku suka membaca, aku suka jugak jalan2. suka kasut tapi suka tengok je. kalau beli nanti membazir. tak suka plak kalo membazir, menyesal nanti. tak suka subjek kira2 dan aku tak suka tempat aku bersepah walaupun memang aku selalu sepahkan jugak.

betul, banyak perkara dalam dunia ni, dalam hidup kite yang dah berapa tahun ni, yang kita suka dan kita tak suka. dan kita semua tak sama kesukaan dan ketaksukaan tu. aku mungkin lagi suka kat cloud 9 plus, tapi nadiah lagi suka cloud 9. ya, ikut citarasa masing2 la. aku tak mungkin saje2 nak gaduh ngan nadiah sebab tu.hehe.

pada pendapat aku,bende2 yang kita suka dan tak suka dalam hidup ni mencerminkan pemikiran dan personaliti kita. oh, tidak dinafikan, aku mengkaji orang berdasarkan benda yang dier suka dan tak suka. dan satu perkara yang penting, aku tak tengok kepada perkara2 seperti benda makan sebab tu memang bergantung kepada tunas rasa masing2. tapi aku lebih gemar melihat kepada kesukaan dan ketaksukaan seseorang yang wujud hasil dari pemerhatian, pemikiran dan pembawakan diri masing2.

memang banyak tanda soal dalam kepala aku ni, tentang suka tak suka ni. boleh ke wujud dalam satu masa, semua manusia setuju atas satu perkara yang disukai dan tak disukai. satu bende je..boleh jadi ke?

sedikit sebanyak jugak aku belajar untuk kurangkan mention tentang benda yang aku tak suka. Aku rasa, baik aku cakap pasal benda yang aku suka je, benda yang aku tak suka aku diamkan saje. ataupun bersikap neutral je atas satu2 perkara. aku fikir, kalau aku asyik cakap. ni aku tak suka, tu aku tak suka.seolah2 tiada perkara pun dalam hidup ni yang menyenangkan aku.

tapi perlu jugak diingatkan, atas satu2 perkara kite kene nyatakan ketegasan kita sama ada kita suka satu benda ataupun kita tak suka.

oh, aku pun tak tahu kenapa aku tibe2 nak cakap pasal benda ni, dan aku dah mula pening.

tapi satu perkara yang pasti dalam isu ini.



"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui" ( Al- Baqarah: 216)

3 comments:

~OcEaNuS~ said...

bertuahnye kalau.........kite menyukai sesuatu, dan ia amat baik utk kite!!

p.s. oh, ak rse mcm dh jmpe 'ia' itu!

sy dh makan..hahah

Dyat said...

Salam.

Tiap perkara pasti ada hikmahnya.

Meminjam ayat novel FT: "Tuhan selalu punya rahsia. Kerja tuhan siapa tahu."

littlewonder said...

salam everybody


nadiah>>

tak aci! tak mkn lagi cloud 9 plus!!
tak bleh jadik ni, pasni nak beli satu balang!kekeke


dayat>>

setiap perkara ada hikmahnya. setuju.

FT? pe tu?