Mar 1, 2009

Ada apa dengan batu?

Assalamualaikum Warahmatullah & Selamat Sejahtera

Last week saya ade buat sesi kaunseling ngan Kak Kerk@ Kak Wahyuni. Sebelum tu pun dah ade satu sesi dah ngan dia. Walaupun masalah saya takde la besa mane, tapi dua sesi tersebut sangat terkesan kepada saya. Ingat, jangan ingat orang bermasalah je leh jumpe kaunselor. Sesi tersebut lebih kepada sesi perkongsian, tentang apa yang saya rasa tentang several aspects dalam hidup saya. Dan dalam entri kali ni, saya nak ceritakan tentang sesi saya ngan Kak Kerk minggu lepas.





Kak Kerk bagi kat saya sepuluh biji batu dan dia minta saya pilih beberapa biji batu dan batu tu melambangkan siapa kepada saya. Saya bleh pilih kesemua batu, bergantung kepada orang2 yang signifikan dalam hidup saya dan salah satu batu tu mesti melambangkan diri saya. Dan saya pilih kesemuanya.




Pastu, Kak Kerk minta saya susun batu tu mengikut pilihan saya. Dari orang paling penting dan seterusnya.Dan terangkan batu tu satu persatu, siapa dan mengapa orang tu sangat signifikan kepada saya.

Saya tak mahu ceritakan siapa batu2 tersebut. Tapi apa yang penting apa yang saya dapat dari sesi tersebut. Waktu Kak Kerk minta pilih tu, beberapa nama dah terlintas dalam kepala, dan kalau ikutkan saya,tak cukup sepuluh biji batu tu.

Orang yang penting dalam hidup kita, tak semestinya orang yang paling hampir ataupun orang yang paling kita sayang. Tapi bagi saya, yang banyak menyumbang kepada berdirinya saya hari ni. Bila kak kerk minta saya explain satu2, baru saya sedar, orang2 tersebut terlalu penting buat saya dan betapa saya menghargai kehadiran mereka dalam hidup saya. Kadang2,kita tak sedar betapa pentingnya seseorang tu kepada kita sehinggalah kita ingat kebaikan dia satu persatu kepada kita. Tak perlu ingat part2 gadoh2, atau yang tak best tu, tapi apa perkara2 baik yang mereka pernah buat.

Masa cerita satu2 tu, rasa cam nak menangis pun ade, rase tak cukup pun ade. Rasa terharu sangat. Seronok pun ada.

Dah habes cerita pasal tu, Kak kerk ade jugak sentuh pasal mende len. One of them, pasal keluarga impian saya dan juga ayah impian kepada bakal anak2 saya. Seronok jugak. Seronok dapat share ngn Kak Kerk sebab dia sendiri pun dah berkahwin n tgh pregnant 6 bulan.

N at the end, saya realise yang saya nak jugak jadik orang yang penting kepada orang lain. Dan saya berharap my precious stones tak kekal sepuluh bijik, tapi bilangannya akan bertambah setiap hari.


4 comments:

MASITA MD SHAH said...

kamu adalah antara y penting dlm idup sy..
tanpa kamu sy tidak berada d arau open...hehehe

Dyat said...

Salam.

penting... dengan kata kunci penting

teringat akan quote from one of the speaker at Spirit '08 : 'Baik menjadi penting, tapi lebih penting menjadi baik.'

hoho.

~OcEaNuS~ said...

teringat jgk satu quote by spe ntah.
"not necessarily special, but significant".


diey, ak suke entry ni.
[nnt aku nk susun batu dpan ko bleh. hehe]

littlewonder said...

Salam everybody

masita>>

eyh, thank u2, penting jugak ea?hehehe. macih =)



dayat>>

betul dayat. lebih penting jadi baik.
jadik baik n penting tu pun bleh.hehe



nadiah>>


not necessarily special, but significant. ske!

macih sebab suke entry ni=D.

tade hal, bleh susun batu depan aku.=)