Mar 23, 2009

A child with a big heart

Assalamualaikum Warahmatullah & Selamat Sejahtera

Huwarggghh.penat.tinggal lagi separuh.Test CRE ngan speech malam ni. Lege IPBL untuk lab sudah selamat diselesaikan. Alhamdulillah. Mengah aku siapkan before pegi. Da la lambat! Ingatkan kelas pukul 2.15, rupanya pkl 2 stat. Seb bek kumpulan satu tak habes present lagi time tu. Giler ah.Macam lipas kudung buat kerje. Sume orang berlari2 pass file. INTERNET DOWN. macam saje je kan. Time nak send file la, nak print la, time tu arrr. Tertanya2 gak, apesal la internet 'lajus' gile semenjak dua menjak nih.

Ah! bebel2 lupe plak aku nak cerita ape. Nanti ah.pas klas speaking aku sambung k. Bye! atatata!





saya dah balik!!!!


okeih. 9.58 pm. seperti yang dijanjikan. aku sambung cerite k!



Sesape yang pernah pergi cafe KK1 & KK3 mesti kenal budak kat bawah ni.





Ni la putera. Aku pernah cerita pasal dier kat entri sebelum ni. Tekan sini. Oh, aku suke sangat ngan dier ni. Bile jumpa dier automatik akan happy!
Tak semua orang suka kat dier. Yela, mane taknye, sume orang dier men tegor je sesuke hati dier. Bukan tegur as in bersapa tu, tapi tegur yang macam perli tu. Kalo korang nak berdating ke, ape ke, berhati2 lah. Mungkin tetibe je dier datang, dan jerit kuat2,

"O! dating ea!"



kehkehkeh. sangat kelaka bile terkenangkan perangai dan raut muke dier yang comel tu. Aku pun pernah terkena ngan dier. Satu hari tu, di hujung minggu, aku pun berkobar2 bangun pagi. Dengan semangatnya, turun cafe, ingin bersarapan lah kirenye. Wahh..dengan harapan, dah breakfast, pasti akan semangat untuk study. Ceh, konon je, salunye pas makan, tido. Kerana ingin kecepatan, dan menganggap tiade orang di cafe, aku pun tertinggal la satu bende ni..So, aku pun gerakla ke cafe.

aku: (nampak putera di kejauhan. Tersenyum dalam hati. Takla sorang aku tunggu roti canai siap. leh borak2 ngan dier.hati berbunga2)

putera semakin dekat di pandangan mata. dalam hati ni, nak tegur dia lah. Dia tak perasan tu.

aku: putera! haiiii!!

putera: eh, akaaak!! (muka terkejut nampak aku. tak tau la sebab muka aku terlalu basi ataupun memang suka.haha)

aku: hai putera, dari mane ni?

putera: baru balik dari men bola ngan akak2 tu. (sambil tunjuk kat aku budak2 perempuan yang main ngan dier. lalu dier pun duduk)

Tiba2...

putera: eh, akak!! ( muka dier sangat terkejut)

aku: (lagi terkejut..nape budak ni) kenape putera...?

putera: akaaakkk..!!! akak tak tutup auratttt!!! (dengan suara yang kuat, dan satu cafe boleh dengar)

aku: hah??

putera: akaaaakkk. nape tak tutup aurat....nampak la kaki tu...

aku: (malu giler. rase nak lari. terus sorok kaki) emmm. akak tak pakai stokin la putera. nak cepat tadi. (rase bersalah menguasai diri)

putera: emm..len kali jangan buat lagi oke? (pastu dier pun senyum.hehehe)




wahh.tengok! hohoho. memang selamba je dier tegor. tapi aku tak kisah, memang bende betul pun. Serius, aku malu giler. Malu atas kesilapan diri sendiri. Sejak dari itu, memang aku beringat. Tak la lalai lagi. Mekaceh ye putera!


Dia macam adik sendiri. Kengkadang rasa macam anak pun ade. Sangat manja dan kadang2 act macam orang dewasa. Sesekali ade jugak mengada-ngada dengan aku. Lagi2 masa 2,3 minggu lepas, tunjuk perangai plak dier depan 'abang' dier.hohoho. jeles gaknye.


Ade jugak kawan2 aku yang bertanya. Eh diey, tahan ea ko ngan dier. Tak tahu aku nak cakap macam mana. Tapi, aku suka ngan putera ni. Memang, kadang2 kita tak tahan ngan budak2 kecik yang banyak cakap,tapi ngan putera ni, aku belajar melayan budak2. Tahan dengan soalan2 dier, ngan teka teki dier yang tak logik tu, perangai2 dier. Walaupun aku tak jumpa die hari2, tak tahu perangai sebenar dier caner ke, tapi aku tak kisah pun. Sebab bila aku ngan putera, aku rasa sangat gembira. N importantly, dia pandai menghargai walaupun kecik lagi.


Ade sekali tu, aku ade test CRE petang tu. Sebelum pergi test, aku pun turun cafe jap sebab lapa sangat. Terjumpa la si putera ni. Dia tanya aku, aku duduk cafe tak. Aku bagitau la dier, aku ade test pastu. Dier pelik gaknye, sebab aku bawak buku,dier tanya, nape bawak buku kalau nak pergi test. Aku pun terangkan la kat dier, yang test tu memang boleh bawak masuk buku. Dalam nak cepat2 tu, dia pun pesan, suruh jawab baik2, dia doakan kate dier. Sekali tu, dah jauh aku jalan, tiba2 dier panggil kuat2, aku pun toleh la, tengok and lambai dier. Tahu ape dier buat?


Senyum, sambil letak tangan kat kepala dier.
( Maksudnya suruh aku berfikir masa test tu)


Masa tu dalam hati aku. Wahh! Sweetnye budak kecik ni! sangat baik. Nak pergi test tu, berbunga riang je hati aku ni, mengenangkan doa dia bersama aku.


Tengok si putera. Rindu kat adik2 aku yang seramai 5 orang tu.



I wish I could be like him, always happy n cheerful. =)

7 comments:

Dyat said...

salam.

dulu aku prnah jadi cikgu smentara klas darjah 4 lepas pekser maut stpm...

aku rasa aku banyak belajar dari budak2 hiperaktif darjah 4 ni dari diorang belajar dari ajaran2 'Naruto' aku... kuikui

- blue bear - said...

hehe.. dulu penah kenajugak dengan putera.. Time tu tengah makan sambil berjalan. Tetiba putera tegur ' tak baik makan sambil jalan'.. ops.. mmg betul pun.. kanak-kanak tak pandai menipu.

littlewonder said...

salam everybody..

dayat>>

ko pernah jadik cikgu???wahhhhh!aku kagum!bestnye!


hahaha.ajaran naruto ko caner??



yuni>>

kekekeke.kelaka kan dier.memang sound direct!haha

Ziha's de purple said...

ni da xlame da ni..
mst da xsabo nk kwen..huhu

SunShiNe said...

hye littlewonder..hahaha..entry nie sbnrnye mpunyai mksd tersirat yg amat dlm..hahaha..itu bermakna naluri keibuaan anda tlh muncul..muahaha..dokter, xkan xphm2 lg kot..hint terang-terangan tu..hikss..

littlewonder said...

salam everybody

ziha>>

tak la..! bukan2!



sunshine>>

zilaaaaa..!ko memang, saje je buat onar. wek2, tader2.. hahaha

Dyat said...

aku citer pasal komik sukaramai - Naruto yg takde dalam silibus Kementerian Pelajaran... kuikui

Naruto adalah sgt popular...
kalau ikut masa zaman skolah kita adalah setanding dgn Dragon Ballz / Sailormoon.