Apr 29, 2009

Ralit sekejap

Assalamualaikum Warahmatullah & Selamat Sejahtera


Asalnya, aku mahu buat update len. Tentang sesuatu yang menangkap mataku sebelum pergi ke Final paper tadi. Alhamdulillah, yes! Habes sudah minggu exam. Baca blog kawan2 yang baru update, tetibe2 tahu aku kene tag. kekeke, jawab dulu la, menunaikan permintaan seorang teman. (poji, aku tak jawab tag ko lagi, tapi dalam perancangan da tau.hehe)

Instructions:
1)[printscreen] *current* wallpaper -- just a simple press of fn+prt sc
2)REASONS why do u like/adore/cherish the wallpaper???
3)tag 10 people
4)titik.

1)




oh,seriously..aku paling malas kemas desktop.hoho


2) Kenape aku suke?

Aku suke sebab cantik, tapi mungkin sebab aku suke orang yang bagi tu kot. kwang2.dier bagi jadual pekse pon aku buat wallpaper.hahaha.


3)tag sepuluh orang.

geng link-0p semuanya.

ah, sudah, korang sume dah habes exam.takde alasan


4).



oke, amanah dah selesai..

Apr 27, 2009

2 column >> 3 Column template

Assalamualaikum Warahmatullah & Selamat Sejahtera


Dah lame tertangguh sebenarnya, nak kongsi ngan korang cenggane nak tukar 2 column blogger template kepada 3 column template. Cam aku punye ni la. Best sket la kan, byk sket isik korang leh letak dalam sidebar. Actually aku bukan la pakar pun sebenarnya, ni pun aku belajar kat internet gak.Oleh kerana kawan udah bertanya, so aku kongsi sket, bulih kan. Aku tahu, kawan2 ku ini malas nak bace, so aku nak tunjuk gak.haha. Kene la bace jugak kan..hahaha


Basically, sebelum start korang nak tukar design bagai2 sebab ada yang tanya camne aku buat design strip2 ni, kene tukar dulu rangka dier okes. Paling senang sekali, korang tukar dulu template ni gune bloggernye template, minima.


1. Tukar template kepada blogger template minima. Go to

Layout >> Pick New Template



2. Sekarang sesi meng'edit' html code. Jangan risau senang je.

Layout >> Edit HTML >> expand widget templates unchecked


3. Pehtu, korang cari coding ni

#sidebar-wrapper {
width: 220px;
float: $endSide;
word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */
overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */
}

copy bulat2, pastu paste betul2 bawah dier. Before dat, tukar perkataan kaler merah tu, kepada

#left-sidebar-wrapper {
width: 220px;
float: $startSide;
word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */
overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */
}



4. Selepas tu, scroll bawah lagik, carik coding ni plak.

<div id="main-wrapper">


pastu korang paste coding kat bawah nih, paste je ar cam tak bese plak.haha. paste before coding kat atas tu tau. JANGAN SILAP...ea

<div id='left-sidebar-wrapper'> <b:section class='sidebar'
id='left-sidebar'preferred='yes'/> </div>

5. Pastu, sekarang ni, kite kene tukar saiz rangka kita, supaya bleh tampung laa sidebar yang baru tu.carik code ni, pastu tuka yang kaler pinko tu k

/* Outer-Wrapper
----------------------------------------------- */
#outer-wrapper {
width: 960px;
margin:0 auto;
text-align:$startSide;
font: $bodyfont;
}

lagik satu, jangan lupe tukar saiz header sekalik okes, cam yang kaler kat bawah ni

#header-wrapper {
width: 960px;
margin:0 auto 10px;
border:1px solid $bordercolor;
}

6. Supaye korang punye sidebar sume2 tu tersusun elok je, carik coding ni, pastu tuka code yang macam aku hilite tu k.kalo tader, tambah je.

#main-wrapper {
width: 490px;

margin-left: 10px;

margin-right: 10px;

float: $startSide;

word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */
overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ }

nanti korang ade camni:




7. Dah pun, penatla! hahaha. ni la hasilnye..




before




after


p/s: aaarrr, saye tahu saye ade janji ngan seseorang nak buatkan, tapi tak ingat. eleh, tapi dier pun tak bagi satu balang cloud 9 plus.hehehehehe


Apr 25, 2009

Ketika Cinta Menjadi Perbuatan




Kulitnya hitam. Wajahnya jelek. Usianya tua. Waktu pertama kali masuk ke rumah wanita itu, hampir saja dia percaya kalau dia berada di rumah hantu.

Lelaki kaya dan tampan itu sejenak ragu kembali. Sanggupkah dia meneruskan keputusannya? Tapi dia segera kembali pada tekadnya. Dia sudah memutuskan untuk menikahi dan mencintai perempuan itu. Apapun resikonya.

Suatu hari perempuan itu berkata padanya, “Ini emas²ku yang sudah lama kutabung, pakailah ini untuk mencari wanita idamanmu, aku hanya mengharapkan status bahawa aku pernah menikah dan menjadi seorang isteri.”

Tetapi lelaki itu menjawab, “Aku sudah memutuskan untuk mencintaimu. Aku takkan menikah lagi.”

Semua orang merasa hairan kerana keluarga itu tetap utuh sepanjang hidup mereka. Bahkan mereka dikurniakan anak² dengan kecantikan dan ketampanan yang luar biasa.

Ber-tahun² kemudian ada yang bertanya rahsia keutuhan dan kebahagiaan keluarga ini padanya. Lelaki itu menjawab mudah, “Aku memutuskan untuk mencintainya. Aku berusaha melakukan yang terbaik. Tapi perempuan itu melakukan semua kebaikan yang mampu dia lakukan untukku. Sampai aku hampir tak pernah merasakan bahawa kulit hitam dan wajah jeleknya itu dalam kehidupanku. Yang aku rasakan adalah ketenangan jiwa yang melupakan aku pada fizikalnya.”

Begitulah cinta ketika ia terurai menjadi perbuatan. Ukuran sebenar cinta adalah ketika ia bersemi di dalam hati…berkembang dalam kata… terurai dalam perbuatan…Kalau hanya berhenti dalam hati, itu cinta yang lemah dan tidak berdaya. Kalau hanya berhenti dalam kata, itu cinta yang disertai dengan kepalsuan dan tidak nyata… Kalau cinta sudah terurai jadi perbuatan, cinta itu sempurna seperti pohon; akarnya terhunjam dalam hati, batangnya tegak dalam kata, buahnya berjuntai dalam perbuatan. Persis seperti iman, terpatri dalam hati, terucap dalam lisan, dan dibuktikan oleh amal.

Semakin dalam kita merenungi makna cinta, semakin kita temukan fakta besar ini, bahawa cinta hanya kuat ketika ia datang dari peribadi yang kuat. Cinta adalah keinginan baik kepada orang yang kita cintai yang harus disemai setiap saat sepanjang hidup bersama.

Rahsia dari sebuah hubungan yang berjaya bertahan dalam waktu lama adalah bukti cinta terus menerus. Yang dilakukan para pecinta sejati di sini adalah memberi tanpa henti. Hubungan bertahan lama bukan kerana perasaan cinta yang bersemi di dalam hati, tapi kerana kebaikan tiada henti yang dilahirkan oleh perasaan cinta itu.

Seperti lelaki itu, yang terus membahagiakan isterinya dan terus memutuskan untuk mencintainya. Dan isterinya, yang terus menerus melahirkan kebajikan dari cinta tanpa henti. Cinta yang tidak terurai jadi perbuatan adalah jawapan atas angka² perceraian yang semakin meningkat dalam masyarakat kita.


taken from www.kujie.com

Apr 23, 2009

Menjaga Hati & Pertalian

Ini entry yang diperap dari 21hb.


Assalamualaikum Warahmatullah & Selamat Sejahtera




Selalu sangat kalau berkawan ni, hubungan dilanda badai, angin ribut ataupun puting beliung. Ada yang bertahan, ada yang roboh dan ada juga yang semakin kukuh. Alhamdulillah.

Bagaimana kita?

Perlu sekali kita beringat banyak perkara yang perlu diambil kira dalam berkawan ni.

1. Usah terlalu mengharap

Usah mengharap kawan kamu tu akan buat perkara sama seperti kamu buat kat dia. Andai kata kamu keluar oting, terjumpa komik kegemaran dia, kamu belikan. Tetapi apabila dia tidak teringat membelikan majalah yang kamu baca setiap bulan, usah dijadikan alasan untuk bermasam muka ataupun merajuk. Mungkin dia terlupa takpun tak cukup duit. Apabila kita mengharapkan satu pihak yang lagi berbuat sama seperti kita, akhirnya kita akan kecil hati. Lama-lama kecil hati, nanti tak ada hati dah. Perlu juga kita fahami, pembawakan diri masing-masing sangat berbeza. Didikan keluarganya, pemikiran dan persekitaran merupakan salah satu faktor yang menyebabkan tindakan seseorang berbeza terhadap sesuatu isu.


2. Sentiasa baik sangka

Jangan mudah membuat telahan yang bukan-bukan bila kita tak tahu cerita sebenar kawan kita tu. Jalan mudah, tanya tuan punya badan. Andai dia mahu bercerita, dengarkan, jikalau tidak, diamkan saja. Apabila kawan susah mahu bercerita, mungkin dia ada rahsia atau masalah. Kalau kita masih ingin tahu dan risaukan keadaanya, dekati dan cuba ajak dia bercerita. Namun, usah dipaksa.

3. Ambil berat

Kita selalu ambil mudah keadaan kawan kita. Andaikata 'boyfriend' yang sakit, laju saja kita ke klinik mencarikan ubat, tetapi kawan baik sendiri terlantar di bilik, tahu pun tidak. Mengapa ada 'double standard' dalam layanan kita?

4. Jaga kata-kata, tingkahlaku

Walaupun, hakikatnya kawan sudah lama mengenali kita, kata-kata, tingkahlaku harus dijaga. Usah ambil ringan layanan kita terhadap kawan-kawan kita. Lagi lama berkawan, seharusnya kita lebih memahami,apa yang disukai, dibenci. Seboleh-bolehnya elakkan melakukan perkara yang terang nyata tidak digemarinya. Pasti timbul dalam benak hatinya, ' kata kawan lame dah, takkan aku tak suka benda tu pun tak tahu jugak..". Apabila kawan berasa sedemikian, perasaan jauh hati mula wujud dan lama-kelamaan kawan bersikap dingin terhadap kita.

5. Sentiasa mendoakan

Jikalau kita sayangkan seseorang pasti kita selalu berharap yang terbaik untuknya. Jangan lupa doakan kawan-kawan kita, tidak kira betapa buruk tingkahlakunya terhadap kita. Mudah-mudahan Allah bukakan pintu hati kawan kita.



p/s: entri ini dibuat untuk peringatan diri sendiri dan juga untuk semua.

Apr 19, 2009

Kala Festival Air ini...

PERTIMBANGAN IMAN ASAS HADAPI DUGAAN

Oleh Nik Salida Suhaila Nik Salleh


PASRAH atas apa yang berlaku serta menganggap setiap ketentuan Allah tersirat seribu hikmah, adalah sifat mulia dan terpuji dituntut oleh Islam. Islam mendidik umatnya sentiasa reda melakukan kebaikan dan menerima kejahatan serta ujian.

Ketetapan Ilahi adalah sesuatu yang tidak mampu ditandingi kerana sebagai hamba, kita akan sentiasa diuji untuk menambahkan keimanan dalam diri.

Daripada Suhibul Raumi berkata, sabda Rasulullah SAW,

“Betapa ajaibnya orang yang beriman itu. Sesungguhnya semua perkara adalah baik bagi mereka. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika memperoleh kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya dan jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Sebagai seorang hamba, setiap umat Islam perlu pasrah menerima hukum Allah dan penghakiman lain yang sudah ditetapkan melalui wahyu disampaikan Rasulullah SAW. Kepatuhan dan ketaatan terhadap suruhan dan larangan-Nya menunjukkan keredaan kita terhadap apa digariskan agama, apatah lagi jika kita melakukannya dengan ikhlas dan bertanggungjawab.

Sering kali kita melihat umat Islam diuji bertalu-talu, bukan diseksa, tetapi itulah tanda kasih-Nya kerana kadangkala ujian sajalah yang menjadikan seseorang itu kembali kepada-Nya, sedang waktu senang ada kalanya kita tergamak mendahulukan keseronokan dunia melebihi sepatutnya.

Ketika melalui ujian tidak tertanggung, jelas dilihat pada wajah orang beriman sifat pasrah atas suratan dan mereka pasti hikmah tersirat lebih istimewa daripada kesusahan dihadapi, justeru keyakinan terhadap kekuasaan-Nya saja yang mampu mengubat hati.

Daripada Anas, sabda Rasulullah SAW bermaksud,

“Apabila Allah cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. Barang siapa reda menerima ujian itu, Allah reda pula kepadanya. Dan barang siapa yang marah (tidak reda), maka Allah pun murka kepadanya.” (Hadis riwayat Imam At-Tarmizi)

Sifat pasrah dan reda hanya dimiliki orang beriman, bukan yang munafik kerana orang yang menentang ketetapan serta suratan Allah tidak tergolong dalam golongan beriman. Contoh jelas dapat dilihat dalam mengamalkan ibadah diwajibkan kepada setiap individu Muslim seperti berpuasa dan solat lima waktu.

Sebagai penganut Islam, kita wajib berpuasa di bulan Ramadan dan ia tidak boleh diingkari. Ketaatan kepada suruhan itu dan pasrah dengan rasa lapar, dahaga, menahan diri dan anggota tubuh badan daripada perkara membatalkan puasa adalah bukti reda terhadap hukum ditetapkan.

Begitu juga perintah menunaikan solat lima waktu yang tidak dipertanggungjawabkan ke atas penganut agama lain. Perintah itu sukar dilakukan orang munafik, tetapi tidak susah untuk disempurnakan oleh umat yang sentiasa bersyukur atas nikmat dan kemewahan dianugerahkan Allah.

Tiada satu pun diminta bayaran, melainkan perintah melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya, yang juga akhirnya untuk kebaikan umat Islam itu sendiri di akhirat kelak.

Allah berfirman bermaksud:

“Sesungguhnya orang munafik itu melakukan tipu daya terhadap agama Allah dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya, dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik. Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka hanya bertujuan riak memperlihatkan sembahyangnya kepada manusia supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman dan mereka pula tidak mengingati Allah dengan mengerjakan sembahyang melainkan sedikit sekali.” (Surah an-Nisaa’, ayat 142)

Jelas sekali percaya kepada qada’ dan qadar adalah satu tuntutan dan rukun iman ke atas setiap umat Islam. Jika tidak wajib beriman dengan qada’ dan qadar, sudah tentulah manusia tidak dapat menerima ketentuan Ilahi, sebaliknya menyalahkan pelbagai perkara sehingga akhirnya kesalahan itu berbalik kepada diri sendiri.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Dari Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW: Jika engkau terkena oleh sesuatu musibah, maka janganlah engkau berkata: Andai kata saya mengerjakan begini, tentu akan menjadi begini dan begitu. Tetapi berkatalah: Ini adalah takdir Allah dan apa saja yang dikehendaki oleh-Nya tentu Dia melaksanakan-Nya, sebab sesungguhnya ucapan andai kata itu membuka pintu godaan syaitan.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Cabaran dan dugaan dilalui setiap manusia adalah frasa kehidupan yang normal dan ketika itulah manusia manfaatkan untuk membuat pertimbangan sama ada terus menghadapinya dengan cekal, berikhtiar dan berusaha menyelesaikan segala kekusutan ataupun menyalahkan takdir semata-mata.

Kepayahan mendapat jodoh yang baik, kesukaran menunaikan tanggungjawab sebagai suami, isteri, ibu dan ayah kepada anak sehingga amanah Allah itu tidak terbentuk seperti dituntut agama, tiada komitmen dalam ibadah dan sebagainya perlu dianggap sebagai ujian, bukan suratan kerana ia perlu ditentang disebabkan sifatnya bertentangan hukum Allah.

Jangan pula kita pasrah jika malas bersolat, reda jika mengamalkan rasuah dan akur jika terus seronok mengumpat, menabur fitnah dan sifat keji lain. Sebaliknya sikap itu menunjukkan kita tidak pasrah terhadap perintah Allah.

Sesungguhnya jika kita pasrah terhadap apa yang ditentukan Allah, maka kita juga akan memperoleh keredaan Allah.

- Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Apr 8, 2009

Murah ka?

Assalamualaikum Warahmatullah & Selamat Sejahtera


Menghargai dan dihargai.


Aku sangat suka bahasa Inggeris. Terutamanya masa aku sekolah menengah dulu. Setiap kali cikgu English minta buat karangan, aku memang bersungguh-sungguh buat. Selalunya aku memang suka mengarang cerita. Banyak terpengaruh dengan bahan bacaaan aku masa tu la kirenye.

Masa aku amek SPM, adik aku no dua, angah, amek PMR. Dia ada masalah sket ngan english dan selalunya dia akan mintak tolong aku.Mase mula2 memang aku malas nak tolong sebab aku tak berapa baik ngan dia, asyik gaduh je. Aku ingat sekali tu, Angah kene buat ringkasan karangan aku rasa. Summary ar. Dia tu kaki tido awal. Sepatutnya dia nak buat sebelum dia tido,pastu last2 dia tak sedar diri, sampai la esoknya, hari dia kena hantar benda tu. Aku sebilik ngan dia mase asrama dulu. Sat lagi, pagi2 tu, tengah aku sibuk2 nak bersiap g kelas.Dia suruh aku buat kan sebab dia tak reti. Huihhhh, mengamokla aku pagi tu. Gila2 ngamoknye. Sampai budak2 dorm aku pun terkejut tengok aku marah camtu sekali.Ye ar, manela derang pernah tengok aku marah. Kalo aku ingat balik, kesian gile kat adik aku. Nangis2 dier, tersedu2, kene marah pastu dengan risau tak siap keje sekolah lagi. Garang gila aku. Pok pek pok pek, aku buatkan keje dia tu.

Tapi aku perasan, sejak aku marah dia tu, dia tak buat lagi dah. Tapi dia akan mintak tolong awal2 kalau dia tak tahu. Aku ni plak rajin ar gtau dier aku suka kelas English aku. Kalo aku dapat markah oke untuk karangan aku, aku tunjuk kat dia. Nak motivate dia la kirenya, cakap dia pun boleh buat jugak, tapi dengan syarat, kene rajin. So, setiap kali aku ada homework karangan english kena buat, aku tunjuk kat dia bila cikgu dah habes tanda dan suh dier tengok sekali kat mana cikgu betulkan salah aku.

Habis SPM, aku duduk rumah, dia sambung belaja kat TIGS. kat batu pahat, tinggal ngan makcik aku. Ada la sekali tu aku datang jenguk dia, teman dia la kirenye. Sekali tu, aku dapat tahu, buku Essay writing aku masa tingkatan 5, dia bawak sekali. Aku tanya la kenapa. Dia cakap, dia suka baca karangan aku. Best dan dia cuba nak terer english camne aku boleh buat. Dia buat karangan2 aku tu sebagai rujukan dia la kirenya. Depan dia, memang la aku iyakan je. Tapi dalam hati aku, TERHARU gila. GILA TERHARU. Aku rasa aku tak seberapa pun,cam cikai je, tapi di beri penghormatan sebegitu sekali. Aku tak kisah, orang kate,dia tu adik aku, memang patut laa. tapii...

IF I CANNOT GAIN RECOGNITION FROM OTHERS, WHO ELSE I EXPECTED TO RECEIVE EXCEPT FROM MY LOVED ONES?


U know, people who loved us unconditionally, is people who really knows us. Bayangkan, adik2 korang tu, yang tahu perangai korang, tido tertonggeng ke ape, suka marah2, suka mengarok, tahu perangai korang yang malas basuh pinggan. Still terima korang seadanya. Mereka tahu, the baddddddesst side of you n also the bestest that might not known to others. Still they love you.

Masa tu, aku tanamkan satu semangat dalam diri aku, kalau aku tak bleh jadi idola untuk orang lain, tapi as long as adik2 aku idolized me, Its enough. More than enough for me. This people, who really loves u, no matter your family or your closest friend, they found something inside you that make you really shine from others. As if there is nobody, nobody but you.



I really miss them. My sisters n brother.




p/s: angah sgt terer english sekarang. Aku nye english da merudum. Ngan budak kecik ke, kucing pun dia tale cakap english gak.senget betol.

Little wonders

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Apr 7, 2009

Kaki Komplen

Assalamualaikum Warahmatullah & Selamat Sejahtera


Tak puas hati dengan pengurusan UMP? Atau anda rasa pengurusan UMP superb? Daripada kita cakap2 belakang, moh reramai isik borang kaji selidik ni.

Borang Kaji Selidik Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Pengurusan & Perkhidmatan UMP



Dan jugak, ni link untuk Ziha tengok blogger template yang cantik2. =)

Islamic blogger template

Blogger template


p/s: sori ziha lambat reply.