Apr 23, 2009

Menjaga Hati & Pertalian

Ini entry yang diperap dari 21hb.


Assalamualaikum Warahmatullah & Selamat Sejahtera




Selalu sangat kalau berkawan ni, hubungan dilanda badai, angin ribut ataupun puting beliung. Ada yang bertahan, ada yang roboh dan ada juga yang semakin kukuh. Alhamdulillah.

Bagaimana kita?

Perlu sekali kita beringat banyak perkara yang perlu diambil kira dalam berkawan ni.

1. Usah terlalu mengharap

Usah mengharap kawan kamu tu akan buat perkara sama seperti kamu buat kat dia. Andai kata kamu keluar oting, terjumpa komik kegemaran dia, kamu belikan. Tetapi apabila dia tidak teringat membelikan majalah yang kamu baca setiap bulan, usah dijadikan alasan untuk bermasam muka ataupun merajuk. Mungkin dia terlupa takpun tak cukup duit. Apabila kita mengharapkan satu pihak yang lagi berbuat sama seperti kita, akhirnya kita akan kecil hati. Lama-lama kecil hati, nanti tak ada hati dah. Perlu juga kita fahami, pembawakan diri masing-masing sangat berbeza. Didikan keluarganya, pemikiran dan persekitaran merupakan salah satu faktor yang menyebabkan tindakan seseorang berbeza terhadap sesuatu isu.


2. Sentiasa baik sangka

Jangan mudah membuat telahan yang bukan-bukan bila kita tak tahu cerita sebenar kawan kita tu. Jalan mudah, tanya tuan punya badan. Andai dia mahu bercerita, dengarkan, jikalau tidak, diamkan saja. Apabila kawan susah mahu bercerita, mungkin dia ada rahsia atau masalah. Kalau kita masih ingin tahu dan risaukan keadaanya, dekati dan cuba ajak dia bercerita. Namun, usah dipaksa.

3. Ambil berat

Kita selalu ambil mudah keadaan kawan kita. Andaikata 'boyfriend' yang sakit, laju saja kita ke klinik mencarikan ubat, tetapi kawan baik sendiri terlantar di bilik, tahu pun tidak. Mengapa ada 'double standard' dalam layanan kita?

4. Jaga kata-kata, tingkahlaku

Walaupun, hakikatnya kawan sudah lama mengenali kita, kata-kata, tingkahlaku harus dijaga. Usah ambil ringan layanan kita terhadap kawan-kawan kita. Lagi lama berkawan, seharusnya kita lebih memahami,apa yang disukai, dibenci. Seboleh-bolehnya elakkan melakukan perkara yang terang nyata tidak digemarinya. Pasti timbul dalam benak hatinya, ' kata kawan lame dah, takkan aku tak suka benda tu pun tak tahu jugak..". Apabila kawan berasa sedemikian, perasaan jauh hati mula wujud dan lama-kelamaan kawan bersikap dingin terhadap kita.

5. Sentiasa mendoakan

Jikalau kita sayangkan seseorang pasti kita selalu berharap yang terbaik untuknya. Jangan lupa doakan kawan-kawan kita, tidak kira betapa buruk tingkahlakunya terhadap kita. Mudah-mudahan Allah bukakan pintu hati kawan kita.



p/s: entri ini dibuat untuk peringatan diri sendiri dan juga untuk semua.

3 comments:

Mr Gee said...

insyallah... semoga semua baik2 sahaja...

Sharing is caring. said...

salam..

huwaa..letak gambaq kami yg cun!!! malu + "wow, cunnya syafarah.." bwahahaaaahihihikkkk~

littlewonder said...

salam

poji>>

insyaAllah, doaku begitu jua


caparah>>


eh2, awak ke dalam gmbar tu?kekeke