May 3, 2009

Jauh & Panjang

Assalamualaikum Warahmatullah & Selamat Sejahtera

Aku baru sampai UMP petang tadi. Jauh sungguh perjalanan. Sepatutnya dengan izin Allah, 4 jam pun boleh sampai dari Batu Pahat, tapi tadi, 8 pagi gerak dari rumah, pukul 6 petang aku sampai. Nampak pintu gerbang UMP rasa lega yang teramat sangat. Syukur tak terhingga. Sebelum tu, dalam kepala dah fikir macam2 dah, boleh sampai ke aku kat UMP? dan sekarang alhamdulillah, sempat update entry lagi. =)

Ikutkan, tak larat nak menaip, memang takde rasa. Lapar gila. Tak makan apa2 kecuali roti. Daus masakkan bubur ( terima kasih banyak2 daus ^^), tapi still nak makan nasi jugak. Alhamdulillah, cafe bukak walaupun dah mula cuti semester. Ku tala nasi lemak, bertenaga dah.hehe

Allah, banyak sungguh yang nak diceritakan. Cuti 4 hari di rumah, macam2 yang aku dapat. Aku harap, dapat kongsikan kat sini. Aku dah merangka benda2 yang nak ditulis dan dikongsi. Ikutkan, memang nak update kat rumah lagi, tapi memandangkan keseronokan bercerita dengan mak & abah dan melayan perangai adik2 aku tu, buat aku tangguhkan sekejap.

Esok, insyaAllah aku bakal memulakan hari pertama kerja aku. Sepanjang cuti semester ni, aku bekerja kat fakulti. Mak & Abah benarkan, mula2 takut jugak nak mintak,takut mak & abah tak bagi, tapi mak dah kata

'Kerja je la long, kalau kat rumah belum tentu dapat kerja, lagipun mak dah bosan asyik tengok muka ko je'

Hehe. memang, aku selalu balik rumah. Boleh dikatakan, tahun 3 ni, banyak kali la. Nak bandingkan masa 1st year, boleh dihitung. Daus pun dah boleh cop aku ni anak manja. Dah tengok asyik balik je, telefon mak pun selalu. Nak buat macam mana, aku ni takla manja pun, tapi tah, mak dah macam kawan baik aku. Lagi pulak bila balik rumah, tenang je rasa. Study week pun lupa.hoho

InsyaAllah, di lain entry kita jumpa lagi


p/s: besfren, sepupu kawen cuti ni. Aku bila lagi. hahahaha

1 comment: