May 3, 2009

Pemurah




Assalamualaikum Warahmatullah & Selamat Sejahtera


Jam 3 petang tak silap aku. Masa tu, kami baru lepas menonton cerita Selimut Putih, tv3. Cerita yang benar2 menyayat hati. Susulannya, drama pengajaran dari Indonesia, aku tak ingat tajuknya, yang pasti sari cerita tu berkisar tentang kisah orang kaya yang kedekut. Lalu abah bercerita pada kami, bagaimana yang dikatakan pemurah..



Pada suatu masa, ada dua orang adik beradik. Si abang ialah si miskin, si adik orang kaya berada. Seorang peminta sedekah datang menemui si adik dan meminta nya menjamu makanan. Peminta sedekah itu memohon kepada si adik supaya disediakan padanya daging unta kerana dia terlalu teringin menjamah daging tersebut.

Si adik tanpa lengah-lengah meminta tukang masaknya menyediakan daging tersebut sebanyak2 nya untuk peminta sedekah tersebut. Lalu peminta sedekah itupun dapat makan sepuas-puasnya.

Selesai makan, si peminta sedekah memuji2 kebaikan si adik tersebut. " Tuan, tuan sangat pemurah, sanggup menyediakan makanan ini sehingga puas sudah aku makan", kata peminta sedekah tersebut pada si adik tersebut. Namun begitu, si adik membalas, " Aku tidak pemurah, abangku lagi pemurah dariku, pergilah berjumpa dengannya".

Peminta sedekah itupun pergi berjumpa dengan Si Abang. Sampai sahaja di rumah si abang, si abang menjemput peminta sedekah itu masuk. Namun, Si abang tidak mampu menyediakan makanan untuk peminta sedekah tersebut. Tiba waktu makan tengahari, si abang masih tidak menyediakan apa2. Peminta sedekah itu tinggal di rumah itu sehinggalah waktu malam.

Tiba sahaja waktu makan malam, si Abang mengeluarkan sekeping roti. Roti tersebut dibelah dua. Satu diberikan kepada peminta sedekah tersebut, satu untuk dirinya sendiri.

Kini fahamlah peminta sedekah tersebut mengapa si adik mengatakan si abang itu lagi pemurah daripadanya.


Si abang tetap memberi walau dia tidak punya apa2,cuma sekeping roti.Pastinya sekeping roti itu sahaja makanan yang tinggal untuknya. Si adik juga memberi tetapi kekayaannya tidak akan terkesan pun dengan pemberiannya yang sedikit kepada peminta sedekah itu.


Abah berpesan di hujung cerita, tak perlu tunggu kaya untuk memberi. Kalau nak tunggu, sampai bila2 pun takkan mampu. Sesungguhnya, tangan yang kat atas tu, lebih baik daripada tangan yang di bawah.


p/s: teringat laskar pelangi the movie, hiduplah untuk memberi sebanyak2nya, bukan menerima sebanyak2nya.

No comments: