May 17, 2009

Aku dibius CINTA

Assalamualaikum Warahmatullah & Selamat Sejahtera

ey diey, nape?tengah seronok bercinta ke nak cerita pasal cinta ni. eh2, aku tanak cerita pasal aku,aku nak cerita pasal orang lain.hoho

Semalam je, angah tetibe bertanyakan aku tentang hal cinta ni. erk, eih, buang tebiat ke adik aku ni.haha. terkejut la jugak. adik aku ni, bukan la jenis jiwang karat budak nyer, huha je.kat ruma dok buat lawak memanjang. tetibe bertanyekan aku pasal lelaki. [dah besar rupenye adik aku ni.kekeke]


ayat dier yang tak bley blah

"along,laki ni boleh caye ke? yang nak ngorat2 kite ni"


Em, berfikir aku sejenak. ape aku nak jawab ni.. walaupun aku jawab dalam nada gelak2, as if i'm taking it easy tapi penuh hati-hati takut dier tersilap faham. Pastinya aku menggunakan segala pengalaman yang ada untuk menjawab soalan adik aku tu.[eceh ko diey, bajet ko cikgu cinta ke?]



Cinta.Sangat kompleks dan penuh teka-teki. Pasti korang sendiri pun dah jumpa macam2 cerita atau perlakuan yang dikaitkan dengan cinta. Oh, aku tanak cakap panjang, saye bujang lagi. jadi biarlah jawapan yang aku bagi kat adik aku tu menjadi teka teki korang.haha. kalo nak tahu, tanye aku sendiri plak.

Sempena dengan ini jugak. Aku secara rasminya di blog ini, mengucapkan tahniah kepada kawan karib aku, my supa dupa besfrento, NUR HAZILA MOHD AZMI yang akan melangsungkan perkahwinannya 23 Mei ini. [huhu, iwan, jage baik2 kawan aku ni]


[zila, mase zaman bujang2 ngn aku.haha]

ah, kadang2 cam tak percaya je kawan aku sorang ni dah kawen. aku ucapkan kepada bakal suami isteri ni, SELAMAT BERCINTA SECARA RASMI. ye ar, pas kawen ar baru tul2 dinamakan bercinta ye tak?hehe. Semoge perkahwinan korang diberkati Allah dan aku harapkan yang terbaik je untuk korang due orang..kalo dapat baby, bagi name kat die, nur dianaty, okes? [ape ko melalut ni diey]

di kesempatan ini juga, aku nak jawab tag dari poji yang dah berkarat kot gaknye. [jangan marah poji.hehe]


10 CIRI LELAKI YANG LAYAK MENJADI SUAMI ANDA

before aku jawab ni, aku nak tuka perkataan layak tu jadi sesuai kot. layak ni cam demanding plak kan, ape ko diey? ko bajet ko siti khadijah? huhuhu

okey, here i go..

1. punya pengetahuan agama yang tinggi dari aku.bukan punya saje tau, amalkan la sekali.
2. tak reti marah aku. aku je tau, org len takpe.haha
3. ade otak dan letaknye di kepala.bukan di lutut.
4. ade mata dan tak reti tengok pempuan len.
5. menjadi dirinya sendiri, dan bukan orlando bloom walaupun aku minat sgt si bloom tu.

aku rase, lime je kot yang aku terpikirkan. nak tulis banyak2 pun takde rasenye. cukupla lime tu bagi melengkapi yang len. bak kate mak aku pule

" kite ni long, dalam mencari pasangan, belum tentu kita akan jumpe yang perfect macam ape yang kita inginkan. tapi lama kelamaan, bila dah kahwin, dah hidup bersama, masing2 faham apa yang suka dan tak suka, lama kelamaan, yang kurang perfect tu akan menjadi perfect macam ape yang kite inginkan mule2 dulu. tapi syaratnya, kene sabar dan bertolak ansur. macam tu la mak ngan abah dulu"

oh, aku rase, nasihat tu dah mencukupi buat aku.


May 14, 2009

Menjadi Aisyah

Assalamualaikum Warahmatullah & Selamat Sejahtera





Aicha

So sweet, so beautiful
Everyday like a queen on her throne
Don't nobody knows how she feels
Aicha, Lady one day it will be real

She moves, she moves like a breeze
I swear I can't get her out of my dreams
To have her shining right here by my side
I'd sacrifice all them tears in my eyes

Aicha Aicha - passing me by (there she goes again)
Aicha Aicha - my my my (is it really real)
Aicha Aicha - smile for me now
Aicha Aicha - in my life

She needs somebody to lean on
Someone body, mind & soul
To take her hand, to take her world
And show her the time of her life, so true
Throw the pain away for good
No more contemplating boo


Lord knows the way she feels
Everyday in his name she begins
To have her shining right right here by my side
I'd sacrifice all them tears in my eyes
Aicha Aicha - ecoute moi

May 3, 2009

Pemurah




Assalamualaikum Warahmatullah & Selamat Sejahtera


Jam 3 petang tak silap aku. Masa tu, kami baru lepas menonton cerita Selimut Putih, tv3. Cerita yang benar2 menyayat hati. Susulannya, drama pengajaran dari Indonesia, aku tak ingat tajuknya, yang pasti sari cerita tu berkisar tentang kisah orang kaya yang kedekut. Lalu abah bercerita pada kami, bagaimana yang dikatakan pemurah..



Pada suatu masa, ada dua orang adik beradik. Si abang ialah si miskin, si adik orang kaya berada. Seorang peminta sedekah datang menemui si adik dan meminta nya menjamu makanan. Peminta sedekah itu memohon kepada si adik supaya disediakan padanya daging unta kerana dia terlalu teringin menjamah daging tersebut.

Si adik tanpa lengah-lengah meminta tukang masaknya menyediakan daging tersebut sebanyak2 nya untuk peminta sedekah tersebut. Lalu peminta sedekah itupun dapat makan sepuas-puasnya.

Selesai makan, si peminta sedekah memuji2 kebaikan si adik tersebut. " Tuan, tuan sangat pemurah, sanggup menyediakan makanan ini sehingga puas sudah aku makan", kata peminta sedekah tersebut pada si adik tersebut. Namun begitu, si adik membalas, " Aku tidak pemurah, abangku lagi pemurah dariku, pergilah berjumpa dengannya".

Peminta sedekah itupun pergi berjumpa dengan Si Abang. Sampai sahaja di rumah si abang, si abang menjemput peminta sedekah itu masuk. Namun, Si abang tidak mampu menyediakan makanan untuk peminta sedekah tersebut. Tiba waktu makan tengahari, si abang masih tidak menyediakan apa2. Peminta sedekah itu tinggal di rumah itu sehinggalah waktu malam.

Tiba sahaja waktu makan malam, si Abang mengeluarkan sekeping roti. Roti tersebut dibelah dua. Satu diberikan kepada peminta sedekah tersebut, satu untuk dirinya sendiri.

Kini fahamlah peminta sedekah tersebut mengapa si adik mengatakan si abang itu lagi pemurah daripadanya.


Si abang tetap memberi walau dia tidak punya apa2,cuma sekeping roti.Pastinya sekeping roti itu sahaja makanan yang tinggal untuknya. Si adik juga memberi tetapi kekayaannya tidak akan terkesan pun dengan pemberiannya yang sedikit kepada peminta sedekah itu.


Abah berpesan di hujung cerita, tak perlu tunggu kaya untuk memberi. Kalau nak tunggu, sampai bila2 pun takkan mampu. Sesungguhnya, tangan yang kat atas tu, lebih baik daripada tangan yang di bawah.


p/s: teringat laskar pelangi the movie, hiduplah untuk memberi sebanyak2nya, bukan menerima sebanyak2nya.

Jauh & Panjang

Assalamualaikum Warahmatullah & Selamat Sejahtera

Aku baru sampai UMP petang tadi. Jauh sungguh perjalanan. Sepatutnya dengan izin Allah, 4 jam pun boleh sampai dari Batu Pahat, tapi tadi, 8 pagi gerak dari rumah, pukul 6 petang aku sampai. Nampak pintu gerbang UMP rasa lega yang teramat sangat. Syukur tak terhingga. Sebelum tu, dalam kepala dah fikir macam2 dah, boleh sampai ke aku kat UMP? dan sekarang alhamdulillah, sempat update entry lagi. =)

Ikutkan, tak larat nak menaip, memang takde rasa. Lapar gila. Tak makan apa2 kecuali roti. Daus masakkan bubur ( terima kasih banyak2 daus ^^), tapi still nak makan nasi jugak. Alhamdulillah, cafe bukak walaupun dah mula cuti semester. Ku tala nasi lemak, bertenaga dah.hehe

Allah, banyak sungguh yang nak diceritakan. Cuti 4 hari di rumah, macam2 yang aku dapat. Aku harap, dapat kongsikan kat sini. Aku dah merangka benda2 yang nak ditulis dan dikongsi. Ikutkan, memang nak update kat rumah lagi, tapi memandangkan keseronokan bercerita dengan mak & abah dan melayan perangai adik2 aku tu, buat aku tangguhkan sekejap.

Esok, insyaAllah aku bakal memulakan hari pertama kerja aku. Sepanjang cuti semester ni, aku bekerja kat fakulti. Mak & Abah benarkan, mula2 takut jugak nak mintak,takut mak & abah tak bagi, tapi mak dah kata

'Kerja je la long, kalau kat rumah belum tentu dapat kerja, lagipun mak dah bosan asyik tengok muka ko je'

Hehe. memang, aku selalu balik rumah. Boleh dikatakan, tahun 3 ni, banyak kali la. Nak bandingkan masa 1st year, boleh dihitung. Daus pun dah boleh cop aku ni anak manja. Dah tengok asyik balik je, telefon mak pun selalu. Nak buat macam mana, aku ni takla manja pun, tapi tah, mak dah macam kawan baik aku. Lagi pulak bila balik rumah, tenang je rasa. Study week pun lupa.hoho

InsyaAllah, di lain entry kita jumpa lagi


p/s: besfren, sepupu kawen cuti ni. Aku bila lagi. hahahaha