Mar 10, 2009

Queen Of My Heart

Assalamualaikum Warahmatullah & Selamat Sejahtera




"Mak, kenapa along sakit kepale ni, tak tahan la"

"Mak, along tak reti la nak buat kerja rumah matematik ni, macam mana.."

"Mak..along sedihla hari ni.nak nangis boleh tak?"


Mak ada jawapan untuk semua tu. Mak akan cakap,

"Hari ni panas sangat kot long, pegila mandi, basuh kepale, tak tahan sangat, sini mak picit"

"Tak reti buat? Mak pun bukan pandai sangat, tapi bak sini buku ko, mak tengok macam mane"

"Kenapa sedih2 ni long, ceritala kat mak.."


Mak bukan doktor, tapi aku pernah terfikir, mak mungkin boleh jadik doktor. Mane taknye, setiap persoalan sakit aku, pasti dijawabnya dengan tepat, sampai aku terfikir, semua pun mak tahu ke?

Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved
All the nights
And all the times
That you cared for me
But i never realised it
And now it’s too late
Forgive me


Mak bukan cikgu. Tapi setiap kerja rumah yang aku tak bleh buat, mak mesti tolong sebab tak sampai hati tengok anak dia sorang ni meleleh-leleh air mata tengok buku tak sudah-sudah.

Mak bukan jugak pakar psikologi mahupun pakar motivasi, tapi bila bercakap dengan mak, hati jadi tenang, kepala jadi lapang, semua resah pun hilang.

Now i’m alone filled with so much shame
For all the years i caused you pain
If only i could sleep in your arms again
Mother i’m lost without you


Sayu sangat hati ni bila teringat semua yang pernah buat untuk kami adik beradik. Idola aku adalah mak. Daripada kecik sampai sekarang, aku nak jadi macam mak walaupun mak hanya suri rumah sepenuh masa. Tak pernah pun aku malu mengaku walaupun mak tak belajar tinggi, apatah lagi malu mengaku yang mak tak bekerja berbanding kawan-kawan aku yang kebanyakan ibu mereka wanita bekerjaya.


You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only i knew what i know today
Mother i’m lost without you

Mak isteri yang taat. Aku kagum dengan mak yang sentiasa membela abah dalam apa jua hal. Abah lebih banyak membebel berbanding mak.Kadang-kadang rasa lucu jugak, tengok mak teman abah main game solitaire. Tekun mak di samping abah. Takde ape pun yang dibualkan tapi mak tak pernah tunjuk muka boring mahupun merungut. Takpun teman abah baca berita di internet, nanti terdengarla suare abah dengan mak berbincang pasal isu politik semasa dan selalunya kami adik beradik pun duduk sama, mendengar cerita abah. Paling seronok sekali kalau dengar abah menyakat mak nak kawen lagi, nanti mak sedih sekejap..


Aku boleh cerita apa saja dengan mak. Dari isu peribadi, isu hati dan perasaan sampaila tensen belajar PCI, sampaila ketidakpuasan hati aku tentang isu-isu semasa. Mak memang pendengar yang setia dan penasihat yang bagus. Dalam dunia ni, aku rasa mak la orang yang paling memahami diri aku. Mak boleh agak pilihan apa yang aku bakal buat, boleh teka perasaan aku gembira atau sedih bila dengar suara aku, boleh tahu aku kat mana walaupun aku cuba tipu.hehe. Kadang2 selalu jugak balik tak bagitau. Mak la orang no satu dalam hidup aku.

Mak selalu buat hati ni menangis bila teringatkan kata-kata dia dan tindakan dia. Aku rasa mak satu-satunya Mak yang minta maaf dengan anak-anak. Tak layak langsung rasa, apalah dosa mak pada kami adik beradik.

Teringat satu peristiwa, masa tu aku jaga mak kat hospital. Beberapa hari aku tido kat sana. Mak tak boleh bangun langsung. Aku cuba sedaya upaya menyenangkan hati mak walaupun aku rasa tak sebesar mana pun sumbangan aku. Terharu sungguh bila mak kata,

" Along, terima kasih sebab sabar jaga mak kat hospital, along tak pernah merungut pun, mak doakan along mudah belajar dan dapat keputusan yang bagus dalam periksa..."


Aku tak terfikir pun mak akan cakap begitu,tak expect pun mak cakap terima kaseh apatah lagi doakan aku macam tu sekali. Aku buat apa yang aku rasa patut sebagai seorang anak. Tak terbanding pun dengan jasa mak pada aku, tak terbalas pun langsung. Masa tu rasa cam nak menangis je depan mak, tapi aku tahan, sebab kalo aku nangis, sure la orang kat hospital tu pelik2 sebab tengok aku menangis teruk. Aku ni kuat nangis tau.hoho


Aku dah takleh tulis lagi banyak2 dah. Dah nangis2 dah ni, dengan diiringi lagu Sami Yusuf lagi.Huish, syahdu betul.


Lastly,

MAK, ALONG SAYANG MAK SANGAT- SANGAT.

15 comments:

Anonymous said...

saya pun sayang mak saya :).... baca entry ni rasa homesick.. rindu kat family..

S.Azeem Ong said...

salam.

huuu~ baiknye mak kak diey.

insyaAllah mak kak diey sihat2 sejahtera.


emak mana yg xsyg anak2nya?

littlewonder said...

salam everybody..


yuni>>
rindu mak!
jom balik minggu ni~
=)


azeem>>

betul2, mak mana tak sayang anak..
naturally, benci macam mana pun seorang ibu kat anak dalam kandungan, tapi bila tengok muka anak je, mesti timbul rasa sayang tu sendiri..

sume mak best!!!

Dyat said...

salam...

entri yg menyentuhkan...

teringat aku cerita Pensil -M.Subash kelmarin... baca entri ko ni dianaty- jadinya double kejiwaan.

marilah kita berbakti kepada bonda dan ayahanda!

littlewonder said...

salam

dayat>>


mekaceh kerana membaca.
tak terbalas jasa mak ngn abah kat dunia ni.huhu

samraa said...

diey..nanges aku bc entry ko..waaaa... syg MAMA...

NAdi said...

btakung air mata bace entry ni..

jum kwn2 kte blk rmai2 mggu ni..

hihi..

hereiam hazila said...

macikk...sedey arr bace entry ko neh..huhuhu..kem salam eh kat mak angkat aku tu..hikss..

littlewonder said...

salam everybody..


nabil>>
nabil, jangan nanges lagi, nanti aku nanges gak,oke??


Nadi>>

insyaAllah aku balek minggu ni, jom2, meramaikan orang kat rumah masing2. da cuti sekolah kan..
tapi aku belum beli tiket lagi =(


zila>>
nanti aku kem salam kat cik enon.
kem salam je ke tapik?buah tangan tader?hehehe

Unknown said...

diey.. rasa nk blk r minggu ni (T.T)
tp keje byk...

littlewonder said...

salam

poji>>

balik la g, tensen sgt kot tu.
tgk muka mak ayah nanti, insyaAllah tenang.
aku nak balik, tp tiket plak belum beli lagi.huhu

Unknown said...

words in ur blog means a lot than what it has been written...

u noe wat, itz so nice 2 hear wen ppl talk about their mom n dad... well i tel ya da truth i definitely get jealous like i am now...

Not evry1 is lucky 2 have them, [like in my case]... n those who have them tend 2 ignore them... but im so proud of u 'd'..
love ur mom as if ul die 2moro cz d love showered by ur mom 2 u is soooo precious n can never b compared with anything else...

u made me cry...
i wish i cud hug my mom now itself...wich act i can never til i die!!!

peace said...

huhu...tersentuh hati bc entry ko ni..makin bertambah2 rindu kt mak ak..huhu...mak...nk balik...nana syg sgt kt mak..hu..

Anonymous said...

Huhuhu...

Sedey.. x sangka mak kita 'ironwoman' kan.. Dia leh harung apa pun yg dtg just nak protect anak dia..

Kadang2 mak juga act as a techer even without diploma or degree..

Proud to have know u, angah..

p/s: Kirim salam kt mak 'kita' nanti yer..

OcEaNuS said...

im touched!

im not really close to my mom pun..
tp ade la moment2 yg ak rse mcm....moment 'anak n mak' mcm dlm drama..ble ak duk seblah die time die drive, bese la borak2 psl responsibilities n respect kpd dri sndiri..
i just started to hug her last year(!).i mean started to make it a routine (slain raya).tu pn atas dorongan someone. alhamdulillah, adik2 pn ikut. :')