Feb 5, 2013

Muslim

Assalamualaikum semua.hihihihi.

Lamaaaaaanya tak tulis. Last post april 2010. Dua april berikutnya saya sudah pun bertukar status bergelar isteri orang. Macam tak percaya je.hehe. Banyak perkara sudah berubah, tetapi banyak juga yang masih sama. Sungguh rugi.

Tiba-tiba rasa rugi banyak perkara dipendam tidak dikongsi. Teringatkan kata2 cikgu saya, orang yang sentiasa mencari kebaikan takkan sia-siakan masa dengan perkara tidak berfaedah. Walau berehat sekalipun terasa rugi. Ya Allah semoga masa ku sentiasa bermanfaat.

Teringin nak kongsi satu perkara yang saya baru pelajari hari ni. semoga ada manfaatnya untuk semua.

Saya baru je join satu bidang perniagaan ni, dalam perniagaan ni, kita digalakkan untuk setia dengan satu2 produk yang kita gunakan.  Tujuannya supaya kebaikan atau kesan produk tersebut dapat dirasai dan dilihat oleh diri kita sendiri.  Seterusnya, apabila kita mengesyorkan produk tersebut kepada orang lain, pengalaman kita sendiri dikira amat berharga dan boleh menjadi faktor untuk orang lain berminat membeli produk kita. Jikalau kita komited dan istiqamah dengan menjadikan pengalaman kita sebagai modal perniagaan, insyaAllah ramai yang akan tertarik dan bertambahlah pendapatan kita. Daripada perspektif saya, produk2 syarikat ini memang bagus dan jelas kebaikannya. Tinggal pada kita sama ada ingin betul2 pakai dan rasa kebaikannya.

Apabila saya fikirkan hal ini, perkara ini sangat2 bertepatan dengan kehidupan kita. Kehidupan seorang muslim. Bagaimana? Seperti yang kita tahu dan faham, Islam ada lah agama yang sebenarnya. Baik dari segi teorinya dan juga syariatnya, semuanya terletak elok dan sgt cantik susunannya. Pastilah, kerana kita sebagai muslim sangat yakin dengan Allah, pencipta kita, tuhan sekelian alam. Namun berlainan pula dengan penganut agama lain, pandangan mereka pasti berbeza. Pertama, kerana mereka berfahaman lain. Kedua, mereka tidak tahu dan tidak memahami islam yang sebenarnya. Jadi apa kaitannya dengan bisnes yang sy perkatakan di atas?

Oleh kerana kita sudah merasa islam, dan kita sudah mengetahui kebenaran kita pasti tahu mengapa islam ialah agama yang satu dan tiada pilihan lain. Seperti juga apabila kita mengetahui kebaikan sesuatu produk, kita pasti ingin orang lain turut sama merasa kebaikan produk tersebut. Tetapi sayangnya, jikalau kita tiada pengalaman menggunakan produk tersebut atau cuma guna celup-celup sahaja, bagaimana kita mahu mengajak orang lain? Saya merasa, begitu juga kaitan nya dalam kehidupan kita, sekiranya kita mahu mengajak orang lain turut sama merasa manisnya islam, kita sendiri hendaklah merasa dan mengamal islam yang sebenar-benarnya. Apabila kita sendiri merasa kebaikannya, merasa faedahnya, faham cara kita mengamalkannya dan konsisten dengan amalan kita, pastinya mudah untuk kita bercerita atau mengajak orang lain untuk dekati islam. Selain itu, kesan daripada pengamalan kita yang menyeluruh dalam islam pasti akan terpamer dan dilihat kesannya orang lain. Seperti orang gempal yang amalkan produk kurus secara berterusan, tanpa bercerita pun pasti dilihat hasilnya oleh orang lain. Dengan itu, mudah saja untuk dia menarik orang lain untuk turut sama menggunapakai.

Hasil apabila konsep ini menjadi amalan dalam perniagaan, kita mungkin akan menjadi kaya. Tetapi hasilnya di dalam kehidupan kita, kita bukan sahaja dapat merubah sikap kita, malah menambah pahala. Aamiiinn.

Maaf kalau penulisan saya ini mengundang kekeliruan atau tersalah kata. Harap yg baik jadi tauladan yang buruk jadi sempadan.

3 comments:

hereiam hazila said...

Alhamdulillah..aku ikot kate hati aku aritu jgn remove blog ko dr bloglist aku sbb satu hari nanti ko akan berblogging kembali!!!!!! yessssss! kate hati aku betul..2 years ok aku tungguuuuu...terkejut aku tgk blog ko ber'update' tadi! seyesss aku terkesima! hahaha.

In Shaa Allah..Semoga kita maju dalam bisnes yg kita ceburi. aminnn..

Kalau dah menjadi nanti, gtau aku eh. betul ckp ko..then satu lagi skang ni ramai yg iklan produk kecantikan tapi amek gambar selepas guna pakai kamera 360. sape nak caya kan..huhu..Meniaga dengan seikhlas hati in shaa Allah, Allah pasti akan tlg kita :)

ziha said...

so true! btw bisnes ape tu diey? hehe
lama tak update diey,, td nmpak kt sidebar blog,, terbaca blog little wonder berupdate with entry title muslim..bile terbaca little wonder + muslim otak tafsir jd little muslim...so cpat2 buka blog nk th psl little muslim...maybe ade berita gembira..tu xsbr nk bace.hihihi da ade berita gmbira nt jgn lupe update ngn kite tau. :)

Unknown said...

Always a pleasure to read your posts!Somethimes I sell runescape accounts to enjoy more fun.